PUSA: Seorang murid darjah enam terpaksa menghantar dirinya ke klinik kerana tidak dapat menahan kesakitan disebabkan sebentuk cincin yang semakin ketat di jari telunjuknya.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi, kanak-kanak berkenaan terdahulu pergi ke Klinik Kesihatan Tuie.

OPERASI memotong cincin yang terlekat pada jari telunjuk kanan seorang murid di Kampung Tuie, hari ini.

“Bagaimanapun, pihak klinik telah meminta bantuan bomba untuk membantu mengeluarkan cincin yang menyebabkan jari kanak-kanak itu membengkak dan merah,” katanya hari ini.

Jelasnya, pasukan Alpha diketuai Hasbie Man bersama-sama dua anggota lain dikerahkan ke lokasi untuk mengambil kes tersebut.

KEADAAN jari yang membengkak.

Difahamkan mereka menghabiskan masa lebih setengah jam untuk memotong dan mengeluarkan cincin tersebut menggunakan peralatan khas.

Operasi tamat pada 11.48 pagi.

Suara Sarawak