Cetusan semangat pemain APM FC

KUCHING: Cetusan semangat tambahan buat pasukan APM FC dalam mengharungi Kejohanan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah, Piala Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki 2022 yang akan bermula Sabtu ini.

Skuad serba mantap itu menerima tajaan jersi daripada pihak Dline Services Sdn. Bhd.

Majlis penyerahan berlangsung secara ringkas malam tadi yang disempurnakan Pengarah Urusan Dline Services Sdn. Bhd., Zahri Karim.

Sambil turut dihadiri Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sarawak, PPj (PA), Abdul Wahab Rahim dan ketua pasukan APM FC, Wihariyanto Saibon.

“Kita berterima kasih atas sokongan ini. Saya percaya ia akan menghadir cetusan semangat buat semua pemain,” ujar Wihariyanto kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Sambil menyatakan APM FC akan beraksi pada aksi buka tirai menentang Vet. Cops di Stadium Sarawak, Petra Jaya pukul 2:00 petang.

Kejohanan anjuran APM Negeri Sarawak itu menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat untuk pasukan yang berjaya muncul juara.

Naib juara pula bakal menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat, manakala RM1,000 dan piala untuk dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sebanyak 12 pasukan yang akan berentap dalam kejohanan yang dibahagi kepada dua kumpulan.

Kumpulan A menghimpunkan pasukan seperti Kastam, Medic, DBKU, Stadium, Vet. Cops dan APM FC.

Sambil itu, Kumpulan B yang menyaksikan kelompok pasukan seperti Education Samarahan, IPK, Kuching Port, RTM, HDC dan Landas.

 

Suara Sarawak