KUCHING: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Kuching menaikkan nama Eric Tay Tze Kok sebagai calon bertanding di kerusi P195 Bandar Kuching dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tay yang merupakan Ketua Pemuda SUPP Cawangan Kuching dan Naib Ketua Pemuda SUPP negeri mendedahkan bahawa cawangannya hanya menyerahkan namanya kepada pusat parti.

Eric ketika ditemu bual wartawan

“Nama-nama calon berpotensi telah dikemukakan kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk pengesahan.

“Pengumuman selanjutnya perlu menunggu Premier atau presiden parti kita Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Eric menyantuni semua yang hadir sempena majlis perjumpaan SUPP cawangan Kuching

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada majlis perjumpaan SUPP cawangan Kuching di Sharing Downtown, di sini, Jumaat lalu.

Sekiranya berjaya dipilih, ini akan menjadi pertandingan buat kali pertama bagi Tay dalam pilihan raya.

Suara Sarawak