DUA atlet Universiti Putera Malaysia (UPM) dinobatkan sebagai raja, ratu pecut Kejohanan Olahraga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sirkit ketiga ( Zon Borneo) di Stadium Unimas.

Muhammad Firdaus Mohamad Zemi mengungguli acara 100 meter dengan catatan masa 10.86s pada hari ini.

Manakala, Nurul Ashikin Abas dengan catatan masa 13.15s.

Seorang lagi atlet UPM, Mohd Rizzua Haizad Muhamad meraih pingat perak dengan catatan masa 11.04s dan Asyraf Norisham dari UTHM tempat ketiga (11.15s).

Manakala, Teoh Kim Ling 13.25s juga dari UPM meraih tempat kedua acara 100 meter wanita.

Sementara itu, wakil dari Universiti Malaysia Sarawak, Haffira A/p William Johnson meraih tempat ketiga dengan catatan masa 13.70s.

Ketua Penyelaras Kejohanan Olahraga Institut Pengajian Tinggi 2022, Dr Hanafiah Ayub berkata, penganjuran Sirkit Kejohanan Olahraga IPT antara platform yang boleh menyaksikan lebih ramai atlet berkebolehan mempamerkan aksi luar biasa berdasarkan penganjuran mengikut zon.

Beliau berkata, kejohanan ini memberi peluang kepada atlet dari Borneo terlibat dalam kejohanan ini terutama dalam menonjolkan bakat mereka.

Menurutnya, sirkit keempat dijangka berlangsung di Zon Pantai Timur pada November dan kemuncaknya sirkit grand final di Stadium Bukit Jalil pada Disember.

Suara Sarawak