Hospital Normah baharu bakal dibina

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membina Hospital Normah baharu, yang bakal menjadi pusat perubatan pakar paling canggih dan moden di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hospital berkenaan akan dilengkapi dengan peralatan perubatan yang terkini dan moden, dengan kemudahan teknologi maklumat (IT).

“Kami akan mendapatkan pakar untuk membantu dari segi bagaimana bangunan itu harus dibina, apakah kemudahan IT yang mesti dilengkapi di bangunan itu dan seterusnya sudah tentu untuk mencari peralatan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena pelancaran rasmi Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) baharu, Sistem ‘Catheterization’ Jantung Berteknologi Tinggi dan pengimbas Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, hari ini.

Abang Johari meninjau peralatan perubatan Pusat Pakar Perubatan Normah di sini, hari ini.

Suara Sarawak