MULA… Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengibarkan bendera kuning sebagai tanda mula Kembara Cabaran Sarawak bagi sukan kategori berbasikal di Kampung Beliong

ASAJAYA: Kepelbagaian masyarakat berbilang kaum dan laluan ekstrem hutan semula jadi menjadikan Kampung Beliong berpotensi menjadi lokasi menarik pelancongan di Sarawak.Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, keistimewaan dimiliki kampung kepulauan di Asajaya itu menjadikannya terpilih sebagai lokasi penganjuran Kembara Cabaran Sarawak (SAC) edisi ke-6.

“Kawasan ini memiliki sebuah tokong terbesar bagi masyarakat Cina, menjadikan ia lokasi yang menarik.

“Jadi Kembara Cabaran Sarawak dengan tema Cabaran Naga (Dragon Challenge) kali ini tampak berbeza dan agak ekstrem melibatkan aktiviti basikal dan larian di kawasan hutan.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program edisi ke-6 itu di perkarangan Tokong Kampung Beliong, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau mengakui kembara cabaran Sarawak boleh diklasifikasi sebagai salah satu sukan bertaraf antarabangsa memandangkan sukan tersebut turut disertai beberapa peserta dari luar negara termasuk Romania, Filipina, Singapura, Brunei dan negara Eropah yang lain.

Cabaran Kembara Sarawak kali ke-6 itu menawarkan hadiah sejumlah RM40,000 secara keseluruhan kepada para pemenang.

Suara Sarawak