GOL!!!…Abu Kamara meraikan gol dijaringkannya pada perlawanan tersebut.

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) sekadar mencatat keputusan seri (2-2) dalam saingan Liga Malaysia 2022 menentang Pulau Pinang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, malam tadi.

Meskipun tersentak pada awal saingan menerusi gol dijaringkan Lucas Espindola Da Silva pada minit ke-38.

Ia tidak melemahkan semangat juang anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim. Malah, mereka berjaya bangkit selepas itu.

Gol penyamaan dijaringkan Mohamad Alif Hassan minit ke-45 nyata membangkitkan semangat juang rakan-rakannya.

Apa tidaknya, The City Boys berjaya mengemudi pentas saingan selepas itu apabila Abu Kamara berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-73.

Kelebihan difisit gol tersebut tidak kekal lama apabila tuan rumah kembali mengikat kedudukan (2-2) menerusi gol kedua juga menerusi jaringan Lucas Espindola Da Silva minit ke-78.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi di Kuching pada 31 Oktober ini.

Kuching City perlu menang jika ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

Suara Sarawak