KUCHING: Kuil Gurdwara Sahib Sikh yang akan menjadi satu lagi mercu tanda di Bandaraya Kuching akan mula dibangunkan bulan depan.

Ketika mendedahkan perkara itu, Presiden Kuil Sikh Kuching Dr Kalwinder Singh Khaira menambah bahawa proses tender sudah selesai dan kini sedang memuktamadkan proses rundingan dengan kontraktor.

Presiden Kuil Sikh Kuching Dr Kalwinder Singh Khaira

“Apabila semua proses ini selesai, kita akan memulakan pembinaan projek itu bulan depan.

“Proses penyiapan kuil itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 18 hingga 24 bulan,” katanya.

Kuil Gurdwara Sahib Sikh

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menganjurkan rumah terbuka Diwali di kediamannya, di sini, hari ini.

Tambahnya, pembinaan kuil tersebut dianggarkan memerlukan jumlah RM5 juta.

“Kita masih berunding dengan kontraktor mengenai perkara itu dan anggaran adalah sekitar RM5 juta. Saya cuba usahakan kerana projek ini mesti menepati bajet yang disediakan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kemudahan yang akan disediakan di kuil baharu itu, Dr Khaira memberitahu bahawa selain menyediakan tempat untuk penganut Sikh menunaikan ibadat, ia turut menawarkan perkhidmatan lain untuk masyarakat khususnya golongan belia.

Suara Sarawak