SARIKEI: Lebih 2,000 orang penduduk mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sarikei, hari ini.

Perarakan diketuai Timbalan Residen Sarikei yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perayaan Islam, Abang Porkan Abang Budiman.

Orang ramai berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di Kampung Seberang Sarikei.

Perarakan 2.6 kilometer itu disertai sebanyak 47 kontinjen, bermula dari Kompleks Sukan Integrasi Sarikei, menghala ke beberapa laluan di Kampung Seberang sebelum berakhir di Dewan Serbaguna Kampung Seberang.

Kontinjen terbahagi kepada empat kategori iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Pusat Kemahiran Institusi Pengajian Tinggi bagi Kategori A, diikuti kategori B melibatkan Masjid, Surau, Jawatankuasa Kampung dan Taman Perumahan.

Orang ramai berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di Kampung Seberang Sarikei.

Seterusnya, Agensi Kerajaan, Jabatan, Badan Berkanun, Firma Swasta, Syarikat dan Institusi Kewangan (Kategori C) dan pertubuhan NGO ( Kategori D).

Sambutan turut diserikan dengan acara berzikir marhaban, bacaan al-Quran dan penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati.

Orang ramai berarak sempena sambutan Maulidur Rasul di Kampung Seberang Sarikei.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin, Temenggung Awgku Ibrahim Awgku Hosain, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarikei, Ustaz Abdul Rahim Rashid, ketua jabatan dan pemimpin komuniti setempat.

Suara Sarawak