IMBAS KEMBALI…Antara aksi membabitkan kategori perempuan yang berlangsung di Kuching sebelum ini.

KUCHING: Pusingan akhir Liga Hoki Dewan Peringkat Negeri Sarawak 2022 akan berlangsung di Stadium Tertutup Bukit Lima, Sibu bermula dari 18 hingga 20 November depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Negeri Sarawak (PHNS), Kangot Awan memberitahu, pertembungan bagi penentuan juara sebenar membabitkan tujuh bahagian di negeri ini.

Antaranya, Kuching, Serian, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri yang membabitkan beberapa kategori iaitu 15, 17 dan 30 tahun ke bawah.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit akan berlaku sepanjang tiga hari berlangsungnya saingan pusingan akhir itu kelak,” ujar Kangot kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, kesemua pasukan terlibat itu berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik di peringkat bahagian masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan, format perlawanan peringkat awal secara liga kumpulan.

“Aksi kalah mati dilangsungkan selepas itu dan disusuli perlawanan peringkat separuh akhir dan seterusnya final,” jelasnya.

Suara Sarawak