BINTULU: Perahu berhias yang menonjolkan keindahan dan keunikan masyarakat berbilang budaya dan etnik, Nabau Ngerantar Bukit Kana muncul johan Pertandingan Perahu Berhias sempena Pesta Tatau 2022, malam kelmarin.

Kemenangan itu membolehkan Nabau Ngerantar Bukit Kana memenangi RM1,000, manakala tempat kedua JKKK RH Ado dan ketiga One, Two, Three, Four, masing-masing menerima wang tunai RM700 dan RM500.

Pertandingan sempena Pesta Tatau 2022 disertai tujuh perahu mewakili jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung termasuk pertubuhan bukan kerajaan dengan disaksikan lebih 3,000 pengunjung.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan.

JABANG menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan perahu berhias sempena Pesta Tatau 2022 di Bintulu, malam semalam.

Suara Sarawak