MALUDAM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga India yang terjatuh ke dalam sungai di Pengkalan Cheong Kong Concrete Sdn. Bhd. dekat sini, ditamatkan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan, operasi SAR menjejak Atul Couhairi, 21, berlangsung selama tujuh hari.

“Untuk hari ini selepas taklimat, pasukan SAR melakukan pencarian dalam radius lapan kilometer di permukaan air ke hulu dan hilir sungai dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

OPERASI hari terakhir mengesan Atul Couhairi yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk ditemukan dan kira-kira 2 petang operasi ditamatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, SAR akan diaktifkan semula sekiranya ada penemuan atau petunjuk baharu dijumpai.

Katanya lagi, SAR turut dibantu Unit Dron dan Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suara Sarawak