BERAKHIR SAINGAN…Para pemain merakam gambar kenangan sebaik berakhir saingan.

BERAKHIR SAINGAN…Para pemain merakam gambar kenangan sebaik berakhir saingan.

KUCHING: Pertandingan Pangkah Gasing Tertutup Kampung Spaoh 2022 berlangsung di Gelangang Gasing Pekan Spaoh, Betong pada hujung minggu lalu.

Disertai 12 pasukan handalan dari sekitar kawasan terbabit. Berakhir saingan menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.

Juara menyaksikan gandingan tiga pemain berpengalaman, Saruddin Sulaiman, Muriady Satar dan Mohd. Salihin Adam.

Manakala, naib juara milik gandingan tiga serangkai Juni Uki, Sariee Buang dan Hassan Pandi.

Dalam pada itu, gandingan Bujang Ujeh, Kr. Abang Suhordie Abang Zaini, Jamal Abdillah Hamid dan Muhammad Jalani, Abang Safarmani Abang Zulkipli serta Suhaili Angu yang tewas di peringkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

Selain itu, Nazeli Pandi dipilih sebagai pemangkah terbaik. Sambil, pasukan yang diwakili Bujang Ujeh, Kr. Abang Suhordie Abang Zaini dan Jamal Abdillah Hamid dipilih sebagai penerima anugerah pasukan terbaik.

Kesemua pemenang menerima hadiah berupa hamper yang disempurnakan Pengerusi Kelab Sukan Gasing Spaoh (KSGS).

Pertandingan tersebut dianjur oleh KSGS sempena sempena sambutan Maulidul Rasul dan Bulan Sukan Negara.

Suara Sarawak