KUCHING: Presiden Parti Bumi Kenyalang, Voon Lee Shan menegaskan pembubaran parlimen yang diumumkan hari ini adalah tidak wajar susulan musim hujan yang berlaku sekarang.

“Untuk mengadakan pilihan raya pada masa ini sangat tidak wajar kerana ramai individu tidak dapat turun mengundi pada musim hujan.

“Peratusan keluar mengundi akan menjadi sangat rendah. Ini adalah tidak demokratik dan zalim,” katanya dalam satu kenyaataan, hari ini.

Voon Lee Shan

Tegasnya, pembubaran tersebut menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak menjaga kebajikan rakyat dan hanya mementingkan kuasa.

Dedahnya, keputusan akan menjadi berat sebelah akibat banjir dan musim hujan, parti-parti politik akan mengalami kekurangan sumber serta dana untuk berkempen sepenuhnya.

Beliau turut menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sepatutnya mempengaruhi Perdana Menteri Datuk Patinggi Ismail Sabri Yaakob untuk tidak membubarkan parlimen pada ketika ini.

Beliau menempelak sama ada GPS memikirkan keadaan penduduk di kawasan luar bandar yang terjejas akibat banjir.

Bagaimanapun, dalam kenyataan sama, Lee Shan mendedahkan PBK akan bergabung tenaga bersama Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) menjelang PRU-15 kelak.

Suara Sarawak