KUCHING: Mangsa insiden kebakaran di Kampung Masjid, Jalan Datuk Ajibah Abol dekat sini menerima bantuan dari Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya dan Pusat Khidmat Dun Satok, malam tadi.

Rumah tersebut juga dihuni oleh 11 individu termasuk kanak-kanak dan warga emas berusia dari dua hingga 62 tahun.

SUMBANGAN… Ibrahim (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Shamsuddin. Turut kelihatan adalah Fadillah (satu kanan) dan Saperi (tiga kanan) dalam satu majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Masjid, Jalan Datuk Ajibah Abol dekat sini, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan tiada penghuni berada di rumah ketika kejadian kebakaran berlaku sekitar jam 9.13 pagi, 23 Oktober lalu.

Sehubungan itu, penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Adun Satok Datuk Ibrahim Baki turut prihatin dengan nasib mangsa yang terbabit, sekali gus tampil menghulurkan bantuan kepada mereka.

Rakaman kenangan sekitar majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Masjid, Jalan Datuk Ajibah Abol dekat sini, malam tadi.

Ketua Pembangunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Masjid Segoleng Saperi Rambli berkata, mereka bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran tersebut dan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan segera kepda mangsa berkenaan.

“Apa yang diterima oleh mangsa dari kedua-dua pusat khidmat di kawasan ini adalah wang tunai, pakaian dan keperluan makanan asas.

Rakaman kenangan sekitar majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Masjid, Jalan Datuk Ajibah Abol dekat sini, malam tadi.

“Kita berharap agar bantuan-bantuan yang yang disalurkan dapat meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita, malam tadi.

Antara penerima sumbangan susulan insiden kebakaran melibatkan rumah pusaka itu adalah ahli keluarga yang juga merupakan pemilik rumah iaitu Abdul Rahman Mataim; Aliman Mataim; Hajijah Mataim;Taib Mataim dan Zarkiah Mataim.

Sementara itu, penyewa yang turut menerima sumbangan adalah Yusof Drap serta Shamsuddin dan anaknya Futri Sofia.

Suara Sarawak