KUCHING: Kerja penambahbaikan permukaan Jalan di Kampung Plaie (Q1170), Bahagian Samarahan akan dijalankan bermula 5 hingga 21 Oktober ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, pengguna jalan raya disarankan agar berhati-hati ketika memandu di jalan tersebut sepanjang tempoh penambahbaikan dijalankan.

Selain itu, pengguna jalan raya digesa untuk mematuhi aliran trafik demi keselamatan dan tumpukan perhatian terhadap jalan yang ditutup.

“Pihak JKR Bahagian Samarahan akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat.

“Pengguna jalan raya dinasihati merancang perjalanan dengan teliti apabila melalui kawasan-kawasan yang berikut,” katanya.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Samarahan menerusi talian 082-672 816 pada waktu pejabat.

 

Suara Sarawak