SIBU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan mengumumkan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Sibu, Lanang dan Bintulu pada majlis makan malam mengumpul dana di sini, pada malam esok (Sabtu).

Menurut penyandang Parlimen Sibu Oscar Ling, ahli veteran DAP Lim Kit Siang turut hadir sebagai salah seorang daripada enam penceramah pada majlis makan malam yang diadakan di Restoran Good Happiness bermula jam 6.30 petang itu kelak.

Penceramah lain termasuk dirinya sendiri serta penyandang dari Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh, Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Parlimen Lanang Alice Lau dan Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin.

“Tema pada malam itu adalah, ‘Teruskan Pembaharuan Demokratik untuk Membina Negara yang Lebih Baik’,” ujarnya ringkas.

Mengulas lanjut, terdapat dua jenis tiket boleh diperoleh pada majlis makan malam tersebut dengan harga RM1,000 dan RM500 setiap meja sempena majlis makan malam mengumpul dana.

“Sehingga kini, sebanyak 88 buah meja sudah disediakan,” ujarnya ringkas.

Tambahnya, mereka yang berminat untuk membeli baucar makan boleh menghubungi talian 019-8581085 atau ibu pejabat DAP di Rejang Park (084-322001).

Suara Sarawak