Gambar fail

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 846 penerima Darjah Kebesaran Negeri sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Ke-86.

Ismail Sabri menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki menerima pingat Datuk
Amar Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Amar.

Sementara itu, Menteri
Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Panglima Tentera
Darat Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) Datuk Abang Abdul Karim Tun Abang Openg, Pengerusi Permodalan ASSAR Sdn Bhd Datuk Abdul Wahab Dolah dan Pengerusi Persatuan Kayu Sarawak (STA) Datuk Wong Kie Yik menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.

Bagi penerima pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) membawa gelaran Datuk pula, seramai tujuh penerima iaitu Dr Annuar Rapaee, Datuk Len Talif Salleh, Datuk Gerawat Gala, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Murshid Di Raja Dr Juanda Jaya, Datuk Misnu Taha dan Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Pingat Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) menyaksikan Setiausaha Tetap Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) Hii Chang Kee antara 10 penerima pingat itu.

Antara penerima lain adalah Saferi Ali, Nicholas Sia, Dr Lulie Melling anak Joshua Melling, Brahim Lumpu, Abdul Hadi Abdul Kadir, Azlan Ali Badri, John Wayne Chamberlin Sirau, Monaliza Zaidel dan Mohamad Junaidi Mohidin.

Dalam pada itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato dianugerahkan kepada mendiang Imban Medan (Posthumous).

Selain itu seramai 18 penerima menerima Pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Dato didahului Anyi Ngau, Dr Alwi Abdul Wahab, Madehi Kolek, Su’ut Suhaili, Khaider Ahmad Zaidel, Chia Chu Fatt Andy, Daniel Jubang Kanyan serta Nunong Dandan.

Antara penerima lain ialah Ivan Tan Book Kiat, Dr Jeniri Amir, Sim Kheng Boon, Spuan @ Sapuan Ahmad, Heng Heyok Chiang @Heng Hock Cheng, Dr Anderson Tong Ing Heng, Fabian Wong Boon Soon, Georgina Apphia Ngau, Amir Abdillah Shabaruddin dan Mending Penghulu Imban Medan (Posthumous).

Bagi Pingat Johan Bintang Sarawak pula menyaksikan empat penerima, diikuti pingat Johan Perkhidmatan Cemerlang (5), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (22), Pegawai Bintang Sarawak (28), Pegawai Bintang Kenyalang (67), Ahli Bintang Kenyalang (95), Pingat Perkhidmatan Bakti (122), Ahli Bintang Sarawak (126), Bentara Bintang Sarawak (149) dan Pingat Perkhidmatan Terpuji (184).

Suara Sarawak