KUCHING: Hari pertama Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa, Sarawak 2022 di Tebingan Kuching berlangsung rancak serta meriah.

Pertembungan penuh dramatik membabitkan pelbagai pasukan tempatan serta wakil dari negara tetangga.

Paling menarik, persekitaran sepanjang Tebingan Kuching turut dipenuhi orang ramai yang tidak ketinggalan menyaksikan perlumbaan yang bermula seawal pagi tadi.

Kategori Tertutup Malaysia 12 Pekayuh antara acara akhir yang turut dilangsungkan sebentar tadi.

Seperti diramal, Pacific West Dragon Club-Team A menepati ramalan mengungguli acara tersebut.

Mengatasi pesaing sepasukan, Pacific West Dragon Club-Team B yang sekadar berpuas hati ditempat kedua.

Manakala, Hornbill Dragon Club Team A menduduki tempat ketiga.

Suara Sarawak