KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak mengadakan Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022 bermula 19 September hingga 16 Oktober ini.

Bertemakan ‘Legasi Penulisan Anak Sarawak’, video yang dihantar harus mengetengahkan tema tersebut serta menepati beberapa aspek lain yang telah ditetapkan.

Pustaka Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, syarat penyertaan adalah penulis hendaklah berasal dari Sarawak, karya-karya ditulis dan diterbitkan oleh penulis memberi kepentingan atau impak terhadap masyarakat, ekonomi, sejarah dan lain-lain.

“Selain itu, durasi video yang diserahkan hendaklah dalam lingkungan tiga hingga enam minit (3-6) dan merangkumi kredit video.

“Konsep video adalah terbuka dan mengikut kreativiti peserta,” ujar kenyataan tersebut sambil memberitahu tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Oktober 2022.

Johan akan berpeluang memenangi RM2,000 dan sijil, tempat kedua bakal memenangi RM1,500 dan sijil, manakala tempat ketiga bakal menerima RM1,000 dan sijil.

Sementara tempat kempat akan membawa pulang RM500 dan sijil. Terdapat juga hadiah sagu hati berupa RM100 berserta sijil bagi 20 pemenang.

Mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan dengan mengisi Borang Pertandingan Video Pendek sempena Sarawak Authors Festival 2022 dipautan berikut : https://bit.ly/3Mnr8pC

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi pegawai seranta Mohamad Aizat Ajis melalui e-mel di alamat aizat2@sarawak.gov.my atau menghubungi 082-440484.

Suara Sarawak