BERUCAP…Rundi berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Tasik Biru 2022. – Photo Abdul Hakeem Well.

BAU: Penganjuran Pesta Tasik Biru pada masa akan datang perlu diadakan dalam skala besar dan lebih meriah di samping mempunyai aura antarabangsa.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ini kerana penganjuran pesta sedemikian berupaya mempromosikan dan memperkenalkan Sarawak kepada dunia.

Disebabkan itu katanya, usaha untuk mempromosikan segala sumber dan potensi terutamanya produk pelancongan di Bau harus dioptimumkan.

“Jadikan Pesta Tasik Biru besar, meriah dan auranya seperti antarabangsa agar ia diiktiraf seluruh dunia.

“Teruskan memberi pemasaran bagi Daerah Bau yang sudah dikenali ramai namun mereka masih belum melihat transformasi yang terdapat di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Pesta Tasik Biru 2022 di sini, hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan plak Memorandum Persefahaman (MoU) kepada 18 kelab, persatuan dan institusi untuk kerjasama bermula tahun ini hingga 2024.

BAU HEBAT…Rundi (lima kiri) bersama hadirin yang lain merakam gambar kenangan bersama penerima plak Memorandum Persefahaman (MoU) Pesta Tasik Biru 2022. – Photo Abdul Hakeem Well.

Suara Sarawak