KUCHING: Berita gembira buat penyokong Kuching City FC (KC FC) yang ingin menyaksikan perlawanan kedua menentang Pulau Pinang FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 31 Oktober ini.

Kemasukan percuma diberikan kepada semua penyokong mahupun peminat bagi semua peringkat umur yang ingin hadir ke gelanggang keramat itu.

Iswandi Ali Hassan

Ketua Pegawai Eksekutifnya Iswandi Ali Hassan memberitahu, kemasukan percuma itu sebagai menghargai sokongan para peminat mahupun penyokong terhadap pasukan terbabit.

“Kita menghargai sokongan terhadap KC FC selama ini, dan untuk itu kami memberi kemasukan percuma kepada mereka pada malam itu kelak,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil berharap semua peminat akan dapat hadir pada perlawanan malam itu.

Sekali gus, dapat memberi sokongan kepada para pemain untuk aksi yang disifatkan sebagai penentu untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Aksi pertama yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang Rabu lepas menyaksikan kedua-dua terikat (2-2).

Suara Sarawak