KUCHING: Seorang lelaki maut selepas pikap dipandunya merempuh sebuah lori pekerja yang sedang menyelenggara jalan di Jalan Lapangan Terbang, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 12.34 tengah malam.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu setelah merempuh lori pekerja menyelenggara jalan.

Sejurus itu, katanya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa, 48, tersepit di tempat duduk pemandu dan memerlukan pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan alat penyelamat (rescue tool).

Bahagian belakang lori pekerja menyelenggara jalan mengalami kerosakan akibat kemalangan.

“Mangsa mengalami cedera parah dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, mayat mangsa turut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara katanya, kesemua pekerja tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan telah dijalankan dan operasi tamat pada jam 1.46 pagi,” ujarnya.

Suara Sarawak