Home TEMPATAN SAR warga India jatuh sungai dipergiat

SAR warga India jatuh sungai dipergiat

SAR warga India jatuh sungai dipergiat

MALUDAM: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga India yang terjatuh ke dalam sungai di Pengkalan Cheong Kong Concrete Sdn. Bhd. dekat sini sejak tiga hari lalu terus dipergiatkan.

MUHAMMAD SHUKUR (kiri) ketika mengetuai operasi SAR menjejak warga India yang masih hilang Pengkalan Cheong Kong Concrete Sdn. Bhd.

Ketua Bomba dan Penyelamat Saratok Muhammad Shukur Jamaludin memberitahu, operasi SAR menjejak Atul Couhairi, 21, memasuki hari ketiga.

OPERASI SAR terus dipergiat dengan menambah keluasan radius pencarian sehingga empat kilometer.

“Hari ini kita mempergiatkan usaha bermula 6.16 pagi tadi dengan memfokuskan pencarian dalam radius empat kilometer (km) ke hulu dan hilir sungai dari lokasi mangsa dipercayai jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

OPERASI SAR terus dipergiat dengan menambah keluasan radius pencarian sehingga empat kilometer.

Jelasnya, pasukan SAR menggunakan teknik mencari di permukaan air menyelusuri sepanjang muara Sungai Saribas menuju ke hulu dan hilir.

Selain itu tambahnya, ada pasukan yang ditugaskan mencari di tebingan sungai.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk ditemukan dan perkembangan semasa akan dikemas kini.

Suara Sarawak