KUCHING: Sarawak bakal menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam usaha menghasilkan hidrogen menerusi penemuan membran baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, biasanya penghasilan hidrogen memerlukan kuasa 60 kilowatt-jam (kWj).

“Bagaimanapun, Petronas telah mencipta membran baharu yang boleh mengasingkan hidrogen dan oksigen dengan hanya 38 kWj sahaja.

BERUCAP… Abang Johari ketika berucap.

“Bayangkan, kos ini akan lebih jimat kerana mungkin suatu hari nanti ia boleh menjadi lebih rendah daripada 38 kWj.

“Dalam erti kata lain, kos penukaran serta pengeluaran hidrogen akan menjadi lebih murah dan Sarawak bekerjasama dengan Petronas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran ““Penyiapan Mekanikal Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) Kerja Struktur Luar Pesisir Tetap untuk Projek Pembangunan Sarawak Shell Berhad di Kuching, hari ini.

SIMBOLIK PELANCARAN… Abang Johari menyempurnakan simbolik pelancaran “Penyiapan Mekanikal Kejuruteraan, Perolehan dan Pembinaan (EPC) Kerja Struktur Luar Pesisir Tetap untuk Projek Pembangunan Sarawak Shell Berhad di Kuching, hari ini.

Tambahnya, beliau juga telah melawat ke Pusat Penyelidikan Petronas dan mendapati bahawa syarikat minyak dan gas itu mempunyai pelbagai teknologi baharu.

“Justeru, saya juga telah memberitahu Petronas bahawa saya ingin menjalinkan kerjasama dengan mereka berkaitan hidrogen,” ujarnya.

Suara Sarawak