MIRI: Syarikat penerbangan domestik digesa untuk menyediakan penerbangan tambahan atau meningkatkan kapisiti penumpang sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Sri Lee Kim Shin berkata terdapat aduan berkenaan kenaikan agar penerbangan ke Sarawak menjelang PRU-15 yang bakal berlangsung 5 hingga 19 November depan.

“Saya secara peribadi telah menghubungi Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk meminta syarikat penerbangan menambah kekerapan penerbangan ke Sarawak.

Datuk Sri Lee Kim Shin

“Ia termasuk penerbangan tambahan atau menggunakan pesawat yang lebih besar seperti Airbus A350 yang boleh membawa kapasiti penumpang antara 300 hingga 400 orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, beliau percaya usaha itu dapat membantu mengurangkan tambang penerbangan, meringankan beban kewangan awam dan memastikan pengundi akan pulang ke tanah air untuk menunaikan tanggungjawab.

Namun begitu, kementeriannya juga menggesa orang ramai terutamanya pengundi untuk merancang lebih awal perjalanan mereka untuk PRU-15 akan datang dan membeli tiket penerbangan mereka lebih awal daripada saat-saat akhir.

Suara Sarawak