KUCHING: Sarawak mahu melihat perwakilan kuat Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, dengan keadaan dunia yang tidak menentu, Malaysia memerlukan kerajaan yang kukuh dan stabil.

Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

“Bukan tiga Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun, cukup dengan politik harian, perpecahan dan kebencian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berkata, rakyat Sarawak akhirnya berpeluang memperjuangkan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas 59 tahun.

“Kesihatan serta autonomi pendidikan kami, satu daripada tiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak, dan bahagian yang lebih besar daripada peruntukan kewangan kami yang sah,” ujarnya.

Terdahulu, semasa pengumuman khasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa Parlimen telah dibubarkan, membuka laluan kepada pilihan raya akan datang.

Dalam tempoh lima tahun lalu, Malaysia telah menyaksikan perubahan tiga perdana menteri, melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhiyddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Suara Sarawak