KUCHING: Setiap pihak perlu memainkan peranan bagi menangani masalah buta huruf dan tidak pandai menulis dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, setelah wabak Covid-19 melanda seluruh dunia, laporan berhubung masalah tersebut mencatatkan peningkatan.

“Seperti yang kita lihat, ketika dunia dilanda pandemik, prasekolah termasuk pelajar darjah satu dan dua tidak berpeluang untuk mengikuti kelas secara bersemuka.

Ibrahim ketika berucap, sekali gus menyempurnakan program ‘Keibubapaan’ bagi Kelas Bimbingan dan Pemulihan Sekolah Rendah Kawasan Dun N8 Satok

“Hal ini menyebabkan mereka ketinggalan dari segi pembelajaran, seterusnya timbul masalah sedemikian.

“Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar di kawasan Dun Satok, tetapi seluruh Sarawak pasti terjejas. Inilah cabaran yang perlu ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan program ‘Keibubapaan’ bagi Kelas Bimbingan dan Pemulihan Sekolah Rendah Kawasan Dun N8 Satok, di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak, di sini, hari ini.

Justeru, wujudnya program seumpama ini memberi manfaat kepada para pelajar dan ibu bapa bagi mengatasi masalah tersebut secara bersama-sama.

Mengulas lanjut, perkara ini perlu ditangani kerana jika situasi ini dibiarkan berterusan, ia akan menjadi satu masalah besar kelak.

Suara Sarawak