KUCHING: Tiada perubahan tarikh dilakukan untuk penganjuran temasya Sukan Para Sukma XX MSN 2022.

Kekal berlangsung dari 1 hingga 6 November depan, demikian kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau, pihaknya menerima pekeliling daripada Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung perkara itu beberapa hari lepas.

YAKIN… Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“Sukan Para Sukma XX MSN 2022 masih kekal berlangsung pada tarikh asal. Itu perkembangan terkini yang kita terima daripada Pengurusan Tertinggi KBS,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, ramai pihak menjangkakan berlaku perubahan tarikh temasya itu berlangsung berikutan kemungkinan berlakunya pertindihan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Namun tegas Fatimah, ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada Kontinjen Para Sukma Sarawak.

Ini kerana katanya, atlet Para Sukma Sarawak bersedia untuk menghadapi kejohanan itu.

“Di pihak kita, tiada masalah berhubung dengan tarikh itu. Lagipun, kesemua latihan atlet berjalan seperti biasa mengikut jadual,” jelasnya.

Suara Sarawak