KUCHING: Program Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) terus menjadi perhatian masyarakat lebih-lebih lagi dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan harian.

Peruntukan RM7.8 bilion menerusi Bajet 2023 sudah pasti berita gembira terutama golongan sasar.

Bantuan yang mencecah sehingga RM2,500 itu bakal memanfaatkan 8.7 juta penerima di seluruh negara mengikut kategori dan kelayakan masing-masing.

Suara Sarawak berkesempatan mendapatkan pandangan orang ramai mengenai bantuan tersebut.

1.Leonardo Ginyun, 24
“Pengumuman bantuan untuk golongan bujang sememangnya dinanti-nantikan setiap tahun. Jumlah yang diberikan iaitu RM350 diyakini dapat membantu sekurang-kurangnya dari segi pembelian petrol dan kegunaan harian lain.

 

2.Muhd Amirul Hasif Salem, 29
“BKM berjumlah RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak pasti dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan. Bantuan ini dapat digunakan untuk membeli lampin pakai buang, susu serta barang keperluan lain untuk anak-anak. Saya berharap bantuan seumpama ini diteruskan agar dapat membantu masyarakat memerlukan.

 

3.Sapuan Oya, 66
“Bantuan kewangan daripada kerajaan dilihat mampu memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat kurang berkemampuan. Bagi warga emas, sudah tentu mereka akan memanfaatkan bantuan yang diberikan untuk kegunaan perubatan, keperluan harian dan sebagainya.

 

4. Cecilia Malong, 67
“Secara keseluruhan, BKM dilihat berupaya membantu masyarakat yang terjejas dari segi pendapatan. Jumlah yang disalurkan memang tidak besar, namun ia memadai dan menampakkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. Bantuan seperti ini perlu sentiasa diteruskan agar beban yang dipikul dapat dikurangkan.

Suara Sarawak