KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) akan menguji kekuatan tiga pasukan berbeza pada aksi persahabatan di Kuala Lumpur.

Ketua Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, dua perlawanan tersebut membabitkan pasukan dari Liga Premier 2022.

Berbanding, satu lagi perlawanan persahabatan tersebut yang melibatkan pasukan dari kancah Liga M3 2022.

CERGAS…Pemain Kuching City akan mengadakan tiga aksi persahabatan di ibu negara.

“Dua perlawanan pemanas badan melibatkan pasukan PDRM FC dan UiTM FC yang dijadual berlangsung esok (6 Oktober) dan disusuli perlawanan kedua sehari selepas itu (7 Oktober).

“Sebelum melengkapkan aksi persahabatan tersebut pada 8 Oktober,” jelas Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, perlawanan persahabatan tersebut merupakan rangka persiapan pasukannya untuk menghadapi kempen Piala Malaysia 2022.

Suara Sarawak