BARU-BARU ini, Borneo Mobility Sarawak Sdn Bhd melancarkan Toyota Veloz 1.5 serba baharu, crossover premium tujuh tempat duduk dengan spesifikasi tertinggi dan teknologi canggih.

Dengan reka bentuk bergaya dan yakin menyokong imej premium Toyota Veloz, kenderaan mesra keluarga ini menawarkan ruang dalaman MPV yang lebih besar dengan pilihan tempat duduk boleh laras untuk keselesaan seisi keluarga.

“Kami teruja mengumumkan pelancaran Toyota Veloz serba baharu yang dinanti-nantikan menyaksikan populariti crossover premium itu melonjak dan menjadi salah satu BMPV terlaris untuk Toyota di rantau ini.

“Dengan kualiti binaan yang baik, ciri-ciri canggih dan dalaman yang luas, kami membayangkan rasa pengembaraan dan keseronokan setiap kali mereka melangkah masuk ke dalam kereta dengan memberikan pengalaman pemanduan terbaik ditambah dengan penampilan premium di dalam dan luar kenderaan,” kata Presiden UMW Toyota Motor Ravindran. K.

Menurut beliau, kenderaan itu merupakan langkah baik Toyota Avanza dalam pasaran MPV segmen B Malaysia sehingga terjual lebih 178,000 unit sejak diperkenalkan pada 2004.

Kereta ini menjanjikan pemanduan yang lebih selesa dengan pacuan roda hadapan baharu (FWD).

Platform dan penggantungan untuk pengendalian lebih baik. Toyota Veloz 1.5L digerakkan oleh kuasa enjin (2NR-VE) dengan anjakan berurutan CVT 7- kelajuan menyediakan transmisi kuasa cekap untuk pecutan yang lancar dan berkuasa menjadikan prestasi pemanduan perjalanan Toyota Veloz tunggangan yang mudah dan menggembirakan.

Pemandu boleh mengharapkan Toyota Safety Sense mempunyai kelas tersendiri terbina di dalamnya untuk memberikan ketenangan fikiran kepada semua orang.

“Dengan Sistem Pra-2 Perlanggaran (PCS), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong dan Kawalan Pengekalan Lorong (LKC) antara ciri keselamatan lain, setiap pemanduan ditambah baik dengan keseronokan meneroka dunia bersama-sama orang tersayang.

“Pemandu juga mempunyai kebebasan untuk mengalami tiga gaya pemanduan berbeza iaitu ECO, normal dan mod “kuasa” disesuaikan dengan pelbagai keadaan dan mod pemanduan, memastikan setiap detik pemanduan menarik,” ujarnya.

Ia juga didatangkan dengan Brek Parkir Elektrik (EPB) yang menyumbang kepada pemanduan mudah sama ada dalam keadaan trafik bergerak atau semasa menunggu di lampu isyarat.

Toyota Veloz menampilkan pad pengecasan Qi – untuk memastikan teknologi pengecas tanpa wayar popular, Toyota Veloz dilengkapi dengan teknologi membolehkan pengguna kekal berhubung terutama dalam perjalanan yang jauh, menambahkan lagi kegembiraan memiliki Toyota Veloz.

Selain itu, ia turut hadir dengan skrin sentuh Audio Paparan sembilan inci baharu yang menyokong Android Auto tanpa wayar dan Apple CarPlay, meningkatkan pengalaman pemanduan keseluruhan dengan sambungan yang lancar.

Menambah sentuhan gaya yang pada bahagian luar, Toyota Veloz didatangkan dengan rim aloi, lampu depan LED dengan ciri follow me home dan lampu siang untuk lebih keselamatan.

Sementara itu, rel bumbung merupakan ciri penjimatan ruang menawarkan penyimpanan sehingga 75kg tanpa menjejaskan bahagian dalam terutama untuk keluarga yang menjalani gaya hidup aktif.

“Memandangkan Toyota Veloz serba baharu disediakan untuk tempahan pada Jun tahun ini, kadar persetujuan pembeli menunjukkan penerimaan yang positif dan kami komited memberikan usaha terbaik kami dan berusaha keras memastikan penghantaran kepada pelanggan yang dikecualikan SST sebelum Mac 2023.

“Setakat ini, UMW Toyota Motor merekodkan lebih 6,000 tempahan untuk Toyota Veloz menandakan minat yang semakin meningkat ke atas kenderaan utiliti sukan (SUV),” Ravindran. K. menambah.

Diumumkan bahawa Toyota Veloz serba baharu boleh didapati dalam lima warna elegan – silver metallic dengan black roof, blue metallic dengan black roof, white, metallic blueish black dan red metallic, dijual pada harga bermula RM95,000 (tanpa insurans).

Sempena sambutan Deepavali, UMW Toyota Motor menyambut perayaan cahaya kali ini dengan iklan video Deepavali Lives Within Us yang menonjolkan kepentingnya sikap rendah diri, kasih sayang dan kebersamaan diraikan di Malaysia yang berbilang budaya.

“Sungguh mengagumkan membesar di negara yang mempunyai kepelbagaian dengan tiga budaya berbeza, Deepavali tidak berbeza seperti yang anda boleh lihat daripada filem jenama kami.

“Untuk meraikan majlis itu, Toyota mengumumkan promosi akhir tahun termasuk rebat tunai, aksesori percuma pada model terpilih bernilai sehingga RM4,000, dan pembiayaan pinjaman 100 peratus dengan bayaran ansuran bulanan,” jelasnya.

Pemilik kereta Toyota juga boleh mengharapkan perjalanan yang lancar dengan perkhidmatan selepas jualan Extra Mile yang menjanjikan pengalaman pemilik kereta yang luar biasa kepada rakyat Malaysia.

Orang ramai dijemput untuk pandu uji Veloz di Borneo Mobility Sarawak Sdn Bhd pada Sabtu ini pada 9 pagi hingga 4 petang dan Ahad jam 9 pagi hingga 2 petang.

Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian 1-800-8-TOYOTA (869682).

Suara Sarawak