KUCHING: 110 peserta menyertai Kejohanan dunia catur cina dan Forum (World Xiang Qi Championship and Forum) ke-17 yang berlangsung di bandaraya Kuching bermula 23 hingga semalam (29 Oktober).

Temasya menampilkan para peserta dari 15 buah negara terdiri dari Vietnam, China, Hong Kong, Amerika Syarikat, Filipina, Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia dan Chinese Taipei.

Vietnam muncul wakil menggulungi juara keseluruhan kejohanan apabila merangkul emas pada empat kategori.

JOHAN….Para pemenang kejohanan dalam majlis penyerahan pingat Kejohanan Dunia dan Forum Xiang Qi ke-17 di Hotel Imperial

Ia merangkumi acara lelaki berpasukan, lelaki individu bawah 16 tahun, wanita individu bawah 16 dan bawah 12 tahun.

Setiausaha Tetap Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee berkata, pemilihan bandaraya Kuching sebagai lokasi penganjuran membantu mempromosikan bandaraya utama Sarawak yang mempunyai pelbagai sumber warisan, budaya dan masakan di mata dunia.

Selaras dengan perkara tersebut katanya, ia juga menjadi saluran penting memberi peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Kemasukan pelancong dijangka meningkat dan kita harus memanfaatkan gelombang ini dengan menganjurkan lebih banyak acara bagi menarik lebih banyak pelancong.

Katanya, pihak kementerian akan sentiasa menyokong acara serantau dan antarabangsa sebagai agenda penting meningkatkan tahap perniagaan tempatan, industri perhotelan dan sebagainya.

Suara Sarawak