KUCHING: Sejak sekitar jam 3 petang hari ini, aplikasi WhatsApp dilaporkan tidak berfungsi menyebabkan penghantaran serta penerimaan mesej tergendala.

Bukan hanya di Sarawak atau Malaysia, bahkan satu dunia melaporkan kejadian tersebut.

Malah, laman sesawang ‘Downdetector’ yang merupakan pengesan aplikasi turut melaporkan perkara yang sama.

Menurutnya, perkhidmatan dalam talian (WhatsApp) itu tergendala hampir di seluruh dunia.

Sehubungan itu, Syarikat Meta mendedahkan bahawa aplikasi tersebut sememangnya mengalami masalah teknikal dalam tempoh tersebut.

“Meta berusaha memulihkan perkhidmatan tersebut dalam keadaan segera,” kata jurucakap syarikat itu.

Untuk rekod, kejadian yang sama pernah berlaku pada Oktober 2021 dengan gangguan perkhidmatan selama enam jam.

Suara Sarawak