KUALA LUMPUR: Acara renang akhir berjaya menyumbang dua pingat emas di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Masing-masing dari dua perenang handalan iaitu Rusdianto Rusmadi (S7) menerusi acara 100 meter kuak dada lelaki dengan catatan masa 1 minit 25.35 saat.

Selain Galang Jabai (SB6) menerusi acara 100 meter kuak dada lelaki dengan catatan masa 1 minit 56.93 saat.

Lebih menarik, masa catatan terbaik dilakukan oleh kedua-dua perenang terbabit memperbaharui rekod lama sedia ada.

“Cukup bangga kerana berjaya memperoleh pingat emas, ia untuk Sarawak.

“Apa yang mengembirakan sekali saya berjaya memperbaharui catatan masa rekod lama sebelum ini,” ujar Galang kepada Arena Suara Sarawak.

Suara Sarawak