ZAMRY (kanan) bersama-sama pegawai dan anggota bersedia untuk mengundi.

BETONG: Seramai 124 pegawai dan anggota polis Daerah Betong yang berdaftar sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) telah menunaikan tanggungjawab mengundi awal pagi tadi.

Ia dimulakan oleh Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintendan Zamry Alli yang mengetuai sesi pembuangan undi awal di Dewan Serbaguna IPD Betong, kira-kira 8 pagi tadi.

Bagi pembuangan undi awal di daerah ini, ia melibatkan pegawai dan anggota serta pasangan masing-masing dari Dun Layar, Bukit Saban dan Saribas.

Pemantauan kira-kira sejam di pusat pembuangan undi berjalan lancar.

Untuk rekod, proses pengundian hari ini dijadual tamat 2 petang.

Suara Sarawak