KUCHING: Sebanyak 22 pusat mengundi di pedalaman Sarawak dilaporkan tidak beroperasi pada hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman Twitter di atas nama pelakon negara, Huzaimi Syah pada jam 10.56 pagi tadi.

Kenyataan terbabit meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan siasatan terhadap SPR berhubung kejadian.

BUKTI… Rakaman ciapan laman Twitter berhubung kejadian.

“Salam Dato Seri @ anwaribrahim, ingin melaporkan ada 22 pusat mengundi disarawak tidak dijalankan hari ini disebabkan petugas2 tiada pengangkutan (pedalaman Sarawak). Mohon Dato Seri siasat SPR!!,” tulis ciapan tersebut.

Menurut sumber, kejadian berlaku disebabkan helikopter yang membawa kertas undi masih terkandas di Miri.

Sementara itu, Jurucakap SPR memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.

Suara Sarawak