Sagah (dua kiri) bersama-sama Timbalannya, Datuk Dr Annuar Rapaee (kiri) dan Datuk Francis Harden Hollis dalam pengulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat pada persidangan DUN, hari ini. Foto: Mohd Alif Noni

KUCHING: Sebanyak 363 sekolah daif di seluruh Sarawak telah siap dibaik pulih sehingga kini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, lebih 600 buah sekolah lagi sedang dibaik pulih dan dalam lakaran Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Terdapat sekolah yang perlu dibaik pulih namun belum ditender kerana JKR perlu melihat kepada pelbagai fasiliti yang perlu diperbaiki selain karenah birokrasi.

Sagah menunjukkan ucapan pengulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat pada persidangan DUN, hari ini.

“Ada juga sekolah di kawasan yang berkaitan memilih untuk berpindah terutamanya di lokasi banjir,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Sagah memberitahu beberapa buah sekolah daif juga mengambil masa untuk dibina berikutan pemindahan ke lokasi baharu.

Malah katanya, ia perlu melibatkan agensi yang lain seperti Jabatan Tanah dan Survei dan Perbendaharaan Persekutuan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.

Dalam penggulungan sebelum ini, beliau berkata, kementeriannya akan memastikan perkara yang berkaitan seperti sekolah daif, fasiliti dan kemudahan, penempatan dan pembinaan baharu sekolah akan diberi perhatian dan pertimbangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suara Sarawak