JUARA…Pasukan lelaki juara, Momoi FT

KOTA SAMARAHAN: Nasib memihak kepada pasukan Momoi FT selepas berjaya merangkul juara kejohanan Ziveb Futsal menerusi penalti (3-2) menentang A.M.A FT, semalam.

Aksi final di Stadium Tertutup Samarahan berakhir dengan keputusan (0-0) sebelum dianjak ke penentuan sepakan penalti untuk kedua-dua pasukan sebagai penentu juara.

WANITA….barisan pemain-pemain wanita yang merangkul juara kejohanan Futsal Ziveb, pasukan Tibak Baok

Kecekapan penjaga gawang menampan tendangan terakhir lawan gagal menembusi jaring akhirnya memastikan pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 berserta medal dan juga trofi.

Berbanding naib johan, A.M.A FT sekadar berpuas hati menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta medal dan juga trofi.

Tempat ketiga dimenangi pasukan PFA Odin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM500, medal dan trofi manakala tempat keempat dimenangi Kombain FT.

Edisi ketiga menyaksikan sebanyak 32 pasukan lelaki berentap serta mendapat sambutan daripada 28 pasukan wanita dalam kejohanan sama.

Bagi kategori wanita, juara dirangkul pasukan Tibak Baok (KFPJ) manakala naib johan dimenangi Tidal Bore.

Pasukan DSFC pula merangkul tempat ketiga diikuti pasukan EUFC RBL ditangga keempat.

Suara Sarawak