MUKAH: Tepat jam 5.30 petang tadi berakhirlah proses pengundian awal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi Parlimen Mukah.

Usai proses itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan kadar peratusan keluar mengundi bagi parlimen berkenaan mencapai 98.54 peratus.

Daripada jumlah tersebut, 67 pengundi hadir dari Dun Dalat (4 pengundi pos), 106 pengundi hadir dari Dun Tellian (15 pengundi pos) dan dari Dun Balinguan kesemua hadir iaitu seramai enam orang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Mukah Shafrie Saili  ketika ditemui pemberita.

Manakala dari Dun Dalat dan Dun Tellian masing-masing mencatatkan dua pengundi tidak hadir mengundi pada kali ini.

Justeru, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Mukah Shafrie Saili memberi jaminan bahawa  perjalanan PRU-15 bagi Parlimen Mukah sehingga ke hari pengundian akan berjalan lancar.

“Kita di SPR dan pihak polis memang telah bersedia untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan yang berlalu sekiranya ada insiden-insiden yang tidak kita kehendaki,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Mukah pada Ahad.

Bagi pengundian awal untuk parlimen Mukah katanya terdapat tiga saluran dibuka dibantu dengan tiga pasukan yang mengendalikan proses pengundian awal pada kali ini.

“Untuk keseluruhan petugas untuk P213 Parlimen Mukah termasuk undi awal termasuk undi biasa nanti ialah seramai lebih kurang 850 petugas,” katanya lagi.

Suara Sarawak