Gabungan Parti Sarawak

KUCHING: Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) memohon maaf bagi pihak parti itu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Permohonan maaf itu dinyatakannya kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membuat kunjungan hormat kepada Premier yang juga Pengerusi GPS itu, hari ini.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra.

“Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Loke, beliau telah membuat kunjungan hormat kepada Abang Johari di kediamannya di sini, pagi tadi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Justeru, beliau berharap pertemuan itu akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Suara Sarawak