KUALA LUMPUR: Kem badminton menutup tirai temasya Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 dengan bergaya meraih tiga pingat keseluruhan.

Membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa. Pingat emas yang masing-masing disumbang oleh Nursyazwani Shahrom acara perseorangan wanita (SL4) dan Ashley Irenaeus Jeck kategori (WH2).

Berbanding pingat gangsa tunggal disumbangkan oleh Chung Hong Tsin dalam kategori (WH1).

TETAP TERBAIK….Ashley Irenaeus Jeck (kanan) dan Chung Hong Tsin (kiri) bersama-sama Pengarah JBS Negeri Sarawak, Lamat Nyalau selepas majlis penyampaian pingat.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman nyata gembira dengan kejayaan dicipta kem kendaliannya itu.

“Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan kejayaan dicipta pemain pada saingan kali ini.

“Walaupun pada dasarnya, terdapat beberapa pemain yang gagal meraih pingat,” ujar Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suhaili, beliau percaya pemain sudah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang saingan.

Suara Sarawak