KUCHING: Kuching City FC (KC FC) gagal melayakkan diri ke pusingan separuh akhir kempen Piala Malaysia 2022.

Tewas dengan agregat (2-1) ditangan jiran tetangga, Sabah meskipun berjaya mempamer kebangkitan selepas mencatat keputusan seri (1-1) pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi.

Bintang import dari negara matahari terbit, Taiki Kagayama muncul wira buat skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee apabila menjaringkan gol penyamaan pada perlawanan malam tadi menerusi tandukan dilakukan pada minit ke-94.

Dalam keadaan kem The City Boys terdahulu mengemudi pentas saingan malam tadi menerusi gol sendiri pemain tengah (Ummareng Bacok) minit ke-84.

Nasib nyata tidak menyebelahi anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk mengatasi Sabah FC.

Mengambil kira deretan peluang terhidang sepanjang perlawanan yang berlanjutan hingga ke masa tambahan masa (30 minit).

Suara Sarawak