BANTUAN Khas Sarawakku Sayang (BKSS)1.0 hingga 9.0 sangat membantu golongan peniaga dan penjaja terutama sekali semasa Covid-19 melanda dua tahun lalu. Banyak perniagaan yang diarahkan tutup sementara dan waktu operasi juga dihadkan.

Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang merupakan bantuan untuk mengurangkan kesan Covid-19 dan memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak melalui 16 langkah proaktif. Kerajaan GPS berkongsi penderitaan dan keperitan rakyat pada masa ini. Kami tidak tahu bila pandemik ini akan berakhir, tetapi marilah kita hadapi situasi ini untuk Sarawak • Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg PREMIER SARAWAK

Suara Sarawak