PAKAN: Pusingan akhir Liga Bola Sepak SSC-FAS Bawah 20 Tahun 2022 akan berlangsung dari 26 November hingga 3 Disember nanti.

Menyaksikan pertembungan 10 pasukan terbaik termasuk dua pasukan jemputan iaitu Sabah Football Club yang menggantikan wakil dari negara jiran iaitu Brunei FA (Brunei Darussalam) yang menarik diri atas masalah yang tidak dapat dielakkan.

Di samping pasukan dari negara jiran, PSSI Kalimantan Barat (Indonesia).

SETIAUSAHA AGUNG…Paza Dan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Paza Dan memberitahu, saingan sepanjang lapan hari itu akan berlangsung di Bandaraya Kuching.

Menurut Paza, kesemua sepuluh pasukan terbaik itu dibahagi kepada dua kumpulan.

“Sesi undian telah berlangsung baru-baru ini. Kumpulan A terdiri daripada PPC Bintulu, Serian FA, Miri FA, Sarikei FA dan Sabah Football Club” ujar beliau kepada Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, lima lagi pasukan dalam Kumpulan B iaitu PC Kapit, Kuching FA, Limbang FA, Kapit FA dan PSSI Kalimantan Barat.

Tegas Paza, tiga gelanggang akan diguna sepanjang saingan membabit kedua-dua kumpulan terbabit iaitu Stadium Negeri, Petra Jaya, Stadium Sarawak, Petra Jaya dan Padang D, Petra Jaya.

Suara Sarawak