MARUDI: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Anyi Ngau terus mendahului di Parlimen Baram dengan 16,857 undi setakat jam 11 pagi tadi.

Manakala pencabar terdekatnya Roland Engan daripada Pakatan Harapan (PH) meraih 10,219 undi manakala 307 undi telah diraih calon bebas Wilfred Entika Rebai.

Keputusan itu mula ditunjukkan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mengira peti undi untuk kerusi Parlimen Baram di Dewan Suarah Marudi, hari ini (Isnin).

Daripada 197 peti undi bagi kerusi parlimen Baram, SPR setakat ini menerima 177 peti undi.

Daripada 177 itu, dua adalah peti undi untuk pengundian awal, manakala satu untuk undi pos.

Baki 20 peti undi, termasuk 19 daripada 12 pusat pengundian yang tidak dapat menjalankan pengundian pada Sabtu lalu dijangka tiba ke pusat penjumlahan undi di sini pada petang ini namun masih bergantung kepada cuaca.

Suara Sarawak