BETONG: Kebanyakan kawasan menggunakan cara tersendiri memperkenalkan calon masing-masing.

Pendekatan berbeza digunakan Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N.36 Layar bagi tujuan yang sama memperkenalkan calon GPS P.204, Betong iaitu Dr Richard Rapu.

Dengan penganjuran sukaneka yang menghimpunkan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan bertempat di Kompleks Sukan Betong semalam.

PERKENALKAN CALON…Datuk Gerald Rentap dan Dr Richard Rapu (berdiri tengah) bersama-sama para Wanita PBB Ranting terlibat.

Program santai berkenaan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu yang juga Adun Layar serta calon GPS Dr Richard Rapu.

“Ini program sukan yang santai dengan objektif untuk merapatkan hubungan silaturahim bagi semua yang terlibat.

“Pada masa sama, kita juga turut menggunakan peluang yang ada untuk memperkenalkan calon,” ujar Gerald ketika be ditemui Suara Sarawak pada program berkenaan.

Menurut beliau, melalui usaha penganjuran sukaneka ini juga dapat memberi kesempatan kepada semua perwakilan Wanita PBB Ranting dalam kawasan ini mengenali lebih rapat calon mereka.

Terdahulu, Gerald turut mengingatkan ahli wanita berkenaan agar memastikan pengundi di kawasan masing-masing menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sebenar kelak.

Suara Sarawak