SERIAN: Cetusan semangat buat pemain Serian FA dalam menghadapi Liga Bola Sepak Bawah 20 Tahun SSC/FAS 2022 yang akan bermula Sabtu ini.

Ia berikutan pihak pengurusan pasukan memberi sepasang kasut untuk semua pemain.

Majlis penyerahan kasut tersebut berlangsung ringkas di Kompleks Sukan Serian hari ini dengan disempurnakan oleh Pengurus Pasukan, Md. Haical Abdullah.

SERAH…Pengurus Serian FA, Md. Haical Abdullah (kanan) menyerahkan kasut kepada penjaga gol Mohamad Cairum Ridzuan Razi (kiri) di Kompleks Sukan Serian, hari ini. – FOTO FAIZAL BUJANG

“Kita berharap pemain akan lebih bersemangat untuk mengharungi saingan liga yang akan bermula pada Sabtu ini,” ujar Haical kepada Arena Suara Sarawak.

Untuk saingan kali ini, Serian FA diundi berada dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan Miri FA, PEC Bintulu dan Sarikei FA.

Perlawanan pertama Serian FA akan menentang PEC Bintulu di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Sabtu pukul 8:30 pagi).

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SCA), Phillip Jabu.

Suara Sarawak