MUKAH: Cuaca cerah di kawasan Parlimen Mukah pagi ini kelihatan memberi harapan ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab.

Pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tellian muka dibuka seawal jam 7.28 pagi manakala kaunter pendaftaran dibuka tepat jam 7.30 pagi.

Saluran satu dan saluran dua dilihat paling awal dipenuhi pengundi yang kebanyakannya pengundi yang berusia 40 tahun ke atas.

Bekas Adun Lambir Datuk Aidan Wing turut dilihat mengundi di SK Kampung Tellian.

Menurut Aidan, negara bergantung kepada undi rakyat untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Jadikan Malaysia lebih inovatif dan lebih banyak peluang terutamanya untuk orang muda.

“Bagi saya sejauh mana pun saya pergi, saya komited untuk hadir setiap kali pilihan raya, saya mesti datang untuk jalankan tanggungjawab saya.

“Kita juga tahu wakil rakyat datang dan pergi, namun sebagai sebuah negara demokrasi, mainkan peranan setiap anda untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan,” jelasnya lagi.

Suara Sarawak