BERCAKAP… Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen (kanan)

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak yakin dapat membentuk Kerajaan Persekutuan baharu sekiranya mampu mengekalkan kemenangan dalam 10 kerusi yang ditandingi seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata, perkara tersebut dilihat berdasarkan keputusan hasil kajian pelbagai institusi setakat 6 pagi pada 15 November.

Katanya, hasil kajian tersebut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dijangka mampu memenangi antara 90 ke 100 kerusi di semenanjung berbanding Barisan Nasional (BN) menang 32 hingga 42 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) menang 42 hingga 52 kerusi.

“Hasil pemerhatian kali ini, PH memerlukan 22 kerusi dari Sabah dan Sarawak untuk memenangi pilihan raya dan mengikut senario kes mudah adalah 12 kerusi,” katanya dalam sidang media di sebuah kedai minum di Stutong di sini, hari ini.

Tegas Chieng Jen, kempen berbaki empat hari akan digunakan sebaik-baiknya bagi meningkatkan momentum dan kebarangkalian kemenangan PH termasuk di Semenanjung.

Suara Sarawak